KASIH SAYANG MEMUPUK PERPADUAN

BERIKAN KASIH,
HULURKAN SAYANG....

Hubungan erat yang berterusan dan perpaduan antara ibu bapa dengan anak-anak terbit daripada kasih sayang.Kasih sayang pula terpancar daripada perkataan dan perbuatan.

*berilah dia BIMBINGAN,secara tekun dan berterusan agar pertumbuhan mentalnya subur berkembang.

*berilah dia MASA anda kerana masa yang anda luangkan cukup bermakna baginya.

*berilah dia KESEMPATAN menimba pelajaran dan pengalaman supaya dia dapat memperkayakan pemikiran.

*berilah dia GALAKAN dalam apa-apa yang diusahakan asalkan tidak membawa kemudaratan.

*berilah dia TANGGUNGJAWAB yang bersesuaian agar dia dapat memupuk dan membentuk keyakinan.

*berilah dia PUJIAN apabila beroleh kejayaan,dan juga kegagalan,jika dia sudah mencuba sedaya upaya.

*berilah dia KETENTERAMAN dengan jaminan bahawa kasih sayang anda sentiasa tersedia untuknya.

*berilah dia KEPERLUAN yang tidak melewati batasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

*berilah dia PERTIMBANGAN yang bijaksana sebelum menyatakan tidak setuju terhadap tingkah lakunya.....