Loading...

SAJAK MARI KE SINI

mari ke sini,kata ayah
didendangkan kepadaku sewakyu kecil,
"ANAK RUSA ALIN BARU KEMBANG EKOR
APA DOSA KAMI LALU TIDAK DITEGUR..?"
membuat senyuman dari jariku 2 inci,
hingga hampir seperti sekarang....

mari ke sini,kata ayah lagi
ketika ysia wajib menutup auratku tiba,
dipatahkannya ranting bunga raya,
memukul kakiku kerana salah menyimpan kuku,
merajukku selama seminggu....

mari ke sini,tegas ayah
bilaku bersuarakan hasratku,
untuk berkasih di menara gading
,
"JANGAN HANCURKAN HARAPAN ORANG TUA & JANGAN BUAT KELUARGA MALU"
membungkam terus rasa hati..

mari ke sini,bisik ayah
pada ketika peperiksaan akhir tahun/pengajian
uruskan hal bank simpanan,
ibumu tidak tahu apa-apa,
ayah tidak mampu di pembaringan..

mari ke sini,
tiada lagi kata itu ku dengar,
ketika aku duduk di rumah besar,
menulis sajak ini di komputer,
ketika menunggu azan subuh berkumandang,
sebelum doaku panjatkan & surah ku sedekahkan,
untuk ayah yang kasihnya tidak sempat ku balas,............

mutiara kata

ANAK-ANAK HENDAKLAH SENTIASA BERBUDI KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPA KERANA TANPA MEREKA SIAPALAH KITA.....

sajak buat ayah

AYAH,
ENGKAULAH SAHABATKU,
ENGKAULAH TEMANKU,
DIRIMU TEMPAT KU BERMANJA,
DIRIMU PEMBERI CAHAYA..

AYAH,
TANPAMU SUNYI HIDUP INI,
TANPAMU TIADA ERTI HIDUP INI..

AYAH,
INDAHNYA HIDUP INI,
ANDAINYA KAU SENTIASA ADA,
INDAHNYA HIDUP INI,
ANDAINYA KEBAHAGIAAN MILIK ABADI..

AYAH.............

APAKAH ITU KELUARGA BAHAGIA?

Keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang mampu menyelesaikan masalah keluarga dengan berbincang atau menyelesaikannya dengan cara yang baik.Ahli keluarga juga hendaklah saling memahami antara satu sama lain.

IBU

Ibu,
kaulah ratu hatiku..
Ibu,
kaulah tempatku mengadu semua kesedihan dan keseronokanku..
Ibu,
terima kasih kerana telah mengandungkanku selama sembilan bulan..

Ibu,
terima kasih kerana engkau telah membesarkanku..
Ibu,
kau akan sentiasa berada di hatiku... IBU ...

CIRI-CIRI KELUARGA HARMONI

*ibu bapa haruslah sentiasa memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
*ahli keluarga perlu mengamalkan sikap bertolak ansur.
*kita juga perlu sentiasa memahami antara satu sama lain.
*ahli keluarga perlu memperbanyakkan bersabar ketika menghadapi masalah dalam keluarga.

KELUARGA SANGAT PENTING DALAM KEHIDUPAN KITA

Keluarga sangat penting dalam kehidupan kita kerana jikalau kita tidak ada keluarga,adakalanya hidup kita akan terasa sangat sunyi sepi.Sementara jika kita mempunyai keluarga nescaya hidup kita sentiasa ceria.Oleh itu,kita janganlah mengsia-siakan semua ahli keluarga.