Loading...

PANTUN NASIHAT


mari kita ke dusun,
sambil makan buah rambutan,
mari kita berpantun-pantun,
hidupkan pantun adat temurun.

adat temurun tak akan lupa,
jika diamal seorang muda,
warisan pantun hiburan seloka,
supaya pantun kekallah lama.

bunga kertas bunga di darat,
ikan pula hidup dilaut,
hina besi kerana karat.
hina manusia tidak beradat.

mula manusia kerana budi,
hina manusia kerana budi,
orang yang tamak selalu rugi,
dibenci orang lain dikeji.

habis sudah saya berpantun,
pantun bertajuk pantun nasihat,
nasihat baik jadikan amalan,
perkara buruk jangan diingati.