PERPADUAN DALAM KELUARGA

Kemesraan dan kasih sayang yang terjalin di kalangan anggota keluarga merupakan asas pembentukan keluarga bahagia.Sesebuah keluarga bahagia pula dapat menjamin perpaduan yang utuh di kalangan mereka.Justeru itu,segala suka duka dan cabaran hidup dapat dikongsi dan ditangani bersama-sama,bak kata pepatah ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni.
Usaha memupuk perpaduan dalam keluarga tidak hanya bergantung kepada ibu bapa sahaja.Setiap anggota keluarga harus bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memupuk perpaduan dalam keluarga.Hal ini perlu disedari agar perpaduan yang diusahakan itu dapat menjadi seperti yang dikehendaki.....