MENGENALI KELUARGA SENDIRI

Anggota keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita.Sesebuah keluarga biasanya terdiri daripada bapa,ibu dan anak-anak.Keluarga ini dinamakan keluarga asas.Selain keluarga asas, terdapat juga anggota keluarga kembangan yang terdiri daripada datuk,nenek,ibu saudara,bapa saudara,sepupu dan anggota keluarga yang lain.
Kita seharusnya memahami anggota keluarga sendiri.Kita sepatutnya mengetahui makanan,minumam,pakaian,warna kegemaran dan hobi mereka.Selain itu,kita juga sepatutnya mengetahui perlakuan yang disenangi dan tidak disenangi oleh anggota keluarga.Hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh dan mesra apabila anggota keluarga saling memahami antara satu sama lain.Persefahaman yang terjalin ini juga dapat mengelakkan kita daripada menyakiti hati dan menyinggung perasaan anggota keluarga.
Sebagai anggota keluarga,kita juga mesti menyayangi antara satu sama lain.Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga.Kita mesti menghormati anggota keluarga terutamanya yang lebih tua seperti datuk,nenek,ayah,ibu,abang dan kakak.Pertuturan dan tingkah laku kita juga mestilah bersopan semasa berinteraksi dengan anggota keluarga.Kita juga mesti akur dan patuh dengan nasihat dan larangan keluarga.Kita sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana dianugerahkan sebuah keluarga.Kita mesti berbangga dengan anggota keluarga yang kita milikki sekarang ini.