HARGAI JASA IBU SEPANJANG MASA

Ibu adalah manusia sejati.tatapan matanya pengubat hati.Kata-katanya merawat luka .Kasihnya sepanjang jalan dan cintanya membawa kesyurga.Namun,masa berganti.Peranan ibu kian tersisih .Kini,sudah sering kali berlaku seorang ibu yang akan meninggalkan dunia fana ini tidak akan didampingi oleh sesiapapun.Tidak ada anak yang membaca surah YASSIN,tidak ada tangan anak yang dulunya sentiasa dibelai.Tidak terdengar suara doa dari mulut anaknya.
Setiap manusia mestilah menyedari bahawa menghormati ibu bapa dan melayaninya dengan penuh penghormatan adalah satu perintah ALLAH.Apabila melayan kedua ibu bapa haruslah dengan cara yang baik.
Oleh itu,dalam hidup kita haruslah berbakti kepada ibu bapa,nescaya hidup kita begitu indah.Sementara orang yang tidak berbakti kepada ibu bapa,hidup tiada erti kerana terasa ada kekosongan dalam diri mereka.Ini kerana,kebahagian hidup adalah atas keredhaan ALLAH bergantung kepada keredhaan ibu bapa..